Dah lebih lima tahun kami kenal. Tapi tak lah rapat mana sampai boleh main tumbuk-tumbuk bahu bagai. Di facebook pun jarang bertegur apa lagi di alam nyata. Kami jumpa pun setahun sekali.tu pun masa raya. Sebab tu setiap tahun aku tak sabar nak sambut raya. Kalau dapat mesej dia aku dah macam nak pengsan apa lagi kalau dia ada depan mata. Aku suka tengok dia.walaupun tak sehensem mana. Sebab orang kata hensem tak menjanjikan kebahagian. Itu aku percaya. Aku perasan, setiap kali tengok dia depan mata, rasa tenang je hati. Rasa sejuk satu badan. Setiap kali situasi ini terjadi, aku akan rasa seperti ada rama-rama sedang bermain riang di dalam perut ni.
Awak, terima kasih kerana sudi hadir menjadi penyeri hari raya ku saban tahun tanpa jemu. Akan ku nanti kehadiranmu di lebaran akan datang.
p/s: you're someone i'm worth waiting for. Eventhough in the end we will not be together, but i'll keep hoping for miracle to make it far more better.
