Kadang kita keliru dengan sesuatu pilihan yang kita perlu lakukan.kadang kita merasa keputusan tersebut adalah yang terbaik. Tapi akhirnya pilihan tersebut adalah lebih rumit dan kadang menyimpang jauh dari destnasi yang sepatutnya kita tujui. Disebabkan oleh terlampau keliru, aku sentiasa minta petunjuk dari Allah agar aku dapat membuat keputusan yang terbaik.
Suatu malam, aku mendapat mimpi yang sangat indah. Di dalam mimpi tersebut aku merasa amat tenang dengan suasananya. Sewaktu di dalam mimpi tersebut itu juga, aku menyebut nama seseorang yang amat ku kenal.. Sehingga sekarang aku terfikir, adakah itu petunjuk darimu ya Allah..
Aku perlu membuat pilhan.kerana sekarang aku telah berkenalan rapat dengan seorang lelaki. Adakah aku perlu lepaskannya dan pergi kepada orang yang ada di dalam mmpi tadi atau meneruskan sahaja perhubungan kami. Tapi aku tidak mampu untuk menyakiti hati orang lain hanya sebab sebuah mimpi yang belum pasti.mimpi tu sentiasa segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini.
Sehingga sekarang aku masih keliru..
No comments:
Post a Comment