Tuesday, 13 August 2013

Penyeri Lebaran

Dah lebih lima tahun kami kenal. Tapi tak lah rapat mana sampai boleh main tumbuk-tumbuk bahu bagai. Di facebook pun jarang bertegur apa lagi di alam nyata. Kami jumpa  pun setahun sekali.tu pun masa raya. Sebab tu setiap tahun aku tak sabar nak sambut raya. Kalau dapat mesej dia aku dah macam nak pengsan apa lagi kalau dia ada depan mata. Aku suka tengok dia.walaupun tak sehensem mana. Sebab orang kata hensem tak menjanjikan kebahagian. Itu aku percaya. Aku perasan, setiap kali tengok dia depan mata, rasa tenang je hati. Rasa sejuk satu badan. Setiap kali situasi ini terjadi, aku akan rasa seperti ada rama-rama sedang bermain riang di dalam perut ni.



Awak, terima kasih kerana sudi hadir menjadi penyeri hari raya ku saban tahun tanpa jemu. Akan ku nanti kehadiranmu di lebaran akan datang.

p/s: you're someone i'm worth waiting for. Eventhough in the end we will not be together, but i'll keep hoping for miracle to make it far more better.

Saturday, 10 August 2013

Hati yang menjadi mangsa

Kenapa hati ni lemah sangat? Mudah sangat dibuai dan leka oleh pujuk rayu seseorang. Tapi, sekarang hati yang lemah ini semakin hari semakin kuat disebabkan oleh kelemahannya itu sendiri. Mungkin sebelum ini hati keliru dengan keinginnnya sendiri. Tapi sekarang dia mula sedar dari kelekaannya. Dia sudah mampu mempertahankan dirinya daripada dugaan dan cobaan yang ingin mmenyakiti hatinya.


p/s: aku terpaksa simpan balik hati ini di tempat asalnya.cukuplah dia sakit akibat kecuaianku.

Kekeliruan diri

Kadang kita keliru dengan sesuatu pilihan yang kita perlu lakukan.kadang kita merasa keputusan tersebut adalah yang terbaik. Tapi akhirnya pilihan tersebut adalah lebih rumit dan kadang menyimpang jauh dari destnasi yang sepatutnya kita tujui. Disebabkan oleh terlampau keliru, aku sentiasa minta petunjuk dari Allah agar aku dapat membuat keputusan yang terbaik.

Suatu malam, aku mendapat mimpi yang sangat indah. Di dalam mimpi tersebut aku merasa amat tenang dengan suasananya. Sewaktu di dalam mimpi tersebut itu juga, aku menyebut nama seseorang yang amat ku kenal.. Sehingga sekarang aku terfikir, adakah itu petunjuk darimu ya Allah..

Aku perlu membuat pilhan.kerana sekarang aku telah berkenalan rapat dengan seorang lelaki. Adakah aku perlu lepaskannya dan pergi kepada orang yang ada di dalam mmpi tadi atau meneruskan sahaja perhubungan kami. Tapi aku tidak mampu untuk menyakiti hati orang lain hanya sebab sebuah mimpi yang belum pasti.mimpi tu sentiasa segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini.

Sehingga sekarang aku masih keliru..

Wednesday, 24 July 2013

Hilang inspirasi

Lama tak lawat blog sampai lupa password blog lama..ada ka patut..bertahun2 aku hilang inspirasi untuk menulis..semua cerita ku kongsi secara lisan dengan sahabat2 seperjuangan ku a.k.a 'gosip' @ 'luahan perasaan'...apa-apa pun, blog baru akan ku jadikan buku baru sebagai penemanku..


mencuba mencari inspirasi di dalam kesibukan duniawi